Terkini

Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Nordin Jaafar Meninggal Dunia

Bekas Ahli Kumpulan Raihan, Nordin Jaafar Meninggal Dunia

Azizah Najib

Bekas Ahli Kumpulan Raihan, Nordin Jaafar Meninggal Dunia

Bekas vokalis kumpulan nasyid Raihan dan juga ahli AlarmMe, Nordin Jaafar menghembuskan nafas terakhirnya pagi tadi. Berita duka ini disampaikan oleh kumpulan Raihan menerusi satu muat naik di laman Instagram.

“Semoga rohnya ditempatkan bersama dengan orang-orang yang diredai-Nya. Diampunkan dosa-dosanya, diterima amal solehnya. Amin ya arhamarrohimin,” ucap Raihan.

Pemergian Allahyarham turut meninggalkan kesan kepada rakan sekerja di syarikat Inteam Publishing.

Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas saudara Nordin Jaafar, ahli kumpulan nasyid AlarmMe yang telah kembali ke Rahmatullah. Beliau pernah bertugas di Inteam Publishing dan sangat dikenali menerusi lagu Bulan-Bulan Islam. Takziah buat seluruh ahli keluarga Almarhum. Al-Fatihah,” maklum kumpulan nasyid tersebut.

Menurut salah seorang kenalan, Wan Hazaruddin, Allahyarham sebelum ini diketahui menghidapi pelbagai penyakit.

BACA: Polis Minta Bantuan Orang Ramai Kesan Guru Wanita Hilang

Ucapan takziah turut disampaikan oleh rakan sekampus ketika mereka di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Fahmi Abd Moin menerusi laman Facebook miliknya. Pemergian Allahyarham pada jam 7.30 pagi tadi membuatkan Fahmi hilang kata-kata dalam mengenang kembali kali terakhir bertemu Allahyarham yang dipanggil Abang Aji.

“Kali akhir berjumpa pada hari Khamis yang lalu, sambil makan rojak dan cendol, sempat bergurau ‘aiii selamber je langgar pantang’. Sambil tersenyum arwah balas ‘aku tak lama dah dol, hentam je la nak makan apa’. Selalu bertemu sejak awal tahun ini, dan melihat arwah Abg Aji sentiasa kuat dalam menempuh apa jua dugaan dan ujian yang melanda diri dan keluarga.

“Senyuman sentiasa terukir di bibir, senda gurau tiada berbeza dan sentiasa mendoakan kebaikan diri dan orang lain. Berehatlah wahai sahabatku. Moga amal kebaikan dan kesabaran menghadapi ujian di dunia adalah asbab dipermudahkan jalan ke syurga buatmu nanti,” ucapnya.

Allahyarham dikenali dalam dunia nasyid dengan hasil karya yang mendapat tempat di hati pendengar. Antara lagu nasyid yang pernah terkenal suatu ketika dulu hasil penulisan Allahyarham termasuk Bulan-Bulan Islam, Doa Makan, Alastu Birabbikum. Menurut Pengurus Inteam Digital, Shahrulhikmi Kamaruddin, Allahyarham turut dikenali dengan penghasilan album Mari Berdoa dan Remaja Berselawat.

BACA: Pelakon Korea Selatan, Park Min Jae Meninggal Dunia

BACA: Bekas “Drummer” MCR, Bob Bryar Meninggal Dunia

Sumber: Raihan Nasheed Official, Inteam, Wan Hazaruddin, Fahmi Abd Moin, Diskograf, Shahrulhikmi Kamaruddin