Utama

Berita

Berita

Politik

Politik

Berita

Berita

Berita

Berita

Politik

Politik

Berita

Berita

2 Negeri, 1 Wilayah Persekutuan Diramal Hujan Lebat Hingga Malam Ini
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di dua negeri dan satu Wilayah Persekutuan (WP) sehingga jam 9 malam ini.
Menurut kenyataan, beberapa kawasan di Sarawak, Sabah dan seluruh kawasan di WP Labuan diramal hujan.
"Di Sarawak, kawasan yang terlibat adalah Kapit (Belaga), Miri (Telang Usan) dan Limbang.
" Manakala di Sabah pula termasuk Pedalaman, Pantai Barat, Tawau (Tawau, Kunak dan Lahad Datu), Sandakan (Telupid, Beluran dan Sandakan) dan Kudat (Kota Marudu)," maklum kenyataan itu.
Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.
Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.