Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

20 Jemaah Umrah Maut, Puluhan Lain Cedera Bas Dinaiki Terbalik Dan Terbakar Ketika Menuju Ke Mekah
Sekurang-kurangnya 20 jemaah umrah dilapor terbunuh manakala 29 lagi cedera dalam nahas yang mengerikan babitkan sebuah bas di barat daya Arab Saudi, lapor Gulf News.
Bas penumpang itu dilaporkan telah merempuh jambatan pada hari Isnin lalu sebelum terbalik dan terbakar, membunuh 20 mangsa dan mencederakan 29 yang lain.
Kemalangan yang dilaporkan berlaku akibat kegagalan brek itu terjadi di jalan raya yang menghubungkan wilayah Asir dan bandar Abha. Ketika kejadian, kesemua mangsa dilaporkan dalam perjalanan ke Mekah untuk menunaikan umrah.
Pasukan pertahanan awam Saudi dan Pihak Berkuasa Bulan Sabit Merah telah bergegas ke lokasi kemalangan dan mengelilingi kawasan tersebut.

Mangsa yang maut dan tercedera telah dipindahkan ke hospital berdekatan.
Terdahulu, sebuah kisah sayu mengenai seorang jemaah umrah Syria yang sanggup berbasikal untuk tanah suci Mekah menjadi tular di media sosial.
Ghazi Jassim Shehadeh, 53, yang menetap di Jerman memulakan pengembaraan hebatnya dari Jerman dan tiba di Mekah 73 hari kemudian.
Seusai tiba di Tanah Suci, lelaki berasal Homs, Syria ini dilapor terkena serangan jantung dan meninggal dunia dalam keadaan menyarung kain ihramnya. Difahamkan, Allahyarham memulakan pengembaraan tersebut dari Hamburg pada 22 Oktober tahun lepas dan destinasi terakhirnya adalah di Kota Mekah, Arab Saudi.
Allahyarham disahkan meninggal dunia pada Jumaat, 17 Februari. Selain meninggal pada penghulu segagla hari, tarikh berkenaan juga istimewa kerana jatuh pada malam Israk Mikraj.
BACA: Kata Nak Tengok Je, 5 Punca Ramai Tak Nak Keluar Dari Tempat Ni, Normal Kalau Suami Kena Sidai
Shehadeh telah dikebumikan di Mekah pada jam 7.13 petang, selepas jenazahnya disolatkan di Masjidil Haram.
Sepanjang perjalanan tersebut, Shehadeh banyak berkongsi pengalaman dan dugaan yang ditempuhi bersama pengikutnya di media sosial. Seluruh perjalanan tersebut juga didokumentasikan dengan baik oleh Allahyarham.
Memetik Islamic Information, Allahyarham berharap perjalanan tersebut dapat disempurnakan kerana dia mahu menetap di Mekah dan mengabdikan diri pada agama.
Impian tersebut dinyatakan oleh Shehadeh ketika melafazkan doa dalam sebuah masjid besar, sebelum mengakhiri perjalanan di Mekah buat selama-lamanya.
Dalam perjalanan tersebut, Shehadeh telah merentasi beberapa buat negara termasuk Austria dan Itali. Dengan bantuan sebuah kenderaan, Allahyarham kemudian meneruskan perjalana ke Kaherah dan tiba disana pada 4 Februari.
Kemudian,dia meneruskan perjalanan menuju Laut Merah sehingga sampai ke persisiran Safaga, dan seterusnya ke Mekah al-Mukaramah.
Perjalanan Shehadeh ini telah meraih perhatian dan sokongan daripada seluruh pelosok dunia. Ketika berita pemergiannya diumumkan, ramai yang menzahirkan rasa dukacita atas pemergian salah seorang insan yang hebat di dunia ini.
Sumber: Gulf News