Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

20,000 Jawatan Guru CoS Dibuka Hari Ini, Ini Panduan Lengkap Permohonan

Athirah
Jawatan Guru
Kredit: Bernama

20,000 Jawatan Guru CoS Dibuka Hari Ini, Ini Panduan Lengkap Permohonan

Kementerian Pendidikan (KPM) akan melaksanakan pengambilan 20,000 Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG9 secara Contract of Service (CoS) bagi memenuhi keperluan penempatan guru di sekolah-sekolah seluruh negara.

Inisiatif pengambilan guru baharu ini adalah merupakan sebahagian persiapan awal KPM bagi pelaksanaan Rancangan Pendidikan Malaysia (RPM) 2026-2035 dan kemasukan murid berumur enam tahun ke Tahun 1 secara sukarela bermula pada tahun hadapan.

Proses pengambilan guru baharu ini mendapat kerjasama penuh Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP).

20,000 jawatan guru baharu bakal dibuka

Menerusi portal rasmi Kementerian Pendidikan (KPM), jawatan bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG9 baharu secara perkhidmatan kontrak (CoS) di sekolah rendah bermula pada jam 2 petang ini.

Bagi permohonan jawatan ini, terdapat beberapa syarat utama yang perlu dipenuhi oleh calon.

Antaranya, pemohon mestilah warganegara Malaysia serta memiliki sekurang-kurangnya kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu di peringkat SPM atau SVM.

Selain itu, peluang ini dibuka khusus kepada graduan bukan dalam bidang pendidikan.

Dalam pada itu, terdapat beberapa makluman penting yang perlu diberi perhatian oleh semua pemohon.

Hanya calon yang memenuhi kelayakan dan tapisan awal sahaja akan dipanggil untuk menduduki Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) serta sesi temu duga.

Calon yang berjaya pula diwajibkan untuk mengikuti latihan perguruan di Institut Pendidikan Guru (IPG) sepanjang tempoh kontrak yang ditetapkan, dengan pembiayaan latihan adalah di bawah tanggungan sendiri.

Permohonan dibuka sehingga 20 Mac 2026 dan sebarang maklumat lanjut boleh layari https://mypdpp.moe.gov.my/pdpp26.

Langkah-langkah permohonan

Bagi memastikan proses permohonan berjalan lancar, pemohon hendaklah mengikuti langkah-langkah berikut:

  1. Daftar Permohonan Baharu

  2. Log Masuk Permohonan

  3. Semak Kelayakan

  4. Isi Permohonan

  5. Pengesahan Permohonan

  6. Pengesahan e-UKCG

  7. Tamat / Log Keluar

Pemohon diwajibkan mengemukakan salinan dokumen yang diperlukan dengan memuat naik dokumen tersebut ke Google Drive dan menyertakan pautan berkenaan pada ruangan “Permohonan Kursus”.

Semua pemohon diminta untuk mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan.

Kegagalan mengemukakan salinan dokumen melalui kaedah yang dinyatakan akan menyebabkan permohonan tidak dapat dipertimbangkan.