Menerusi persidangan media yang diumumkan oleh Dr Noor Hisham Abdullah hari ini telah mengalu-alukan kedatangan sukarelawan untuk bersama-sama menangani wabak pandemik Covid-19 ini.
Setakat ini, seramai 2,359 orang yang tawarkan diri menjadi sukarelawan termasuklah pakar perubatan pelbagai bidang, pegawai perubatan dan jururawat. Bukan itu sahaja, terdapat juga beberapa ahli juruteknologi makmal perubatan, penolong kanan pegawai perubatan, juru x-ray, ahli fisioterapi dan beberapa lagi.
Seramai 11 orang pegawai keselamatan dan kesihatan terdiri daripada pegawai psikologi dan beberapa orang kaunselor.
Pecahan 2,359 sukarelawan yang telah memdaftar untuk berkhidmat dengan hospital KKM dan pusat kuarantin seluruh negara.


Sumber: KKM
