Majlis Amanah Rakyat (MARA) memaklumkan kesemua 242 pelajar berada dalam keadaan selamat dan tiada pelajar MARA dilaporkan terlibat dalam sebarang insiden rusuhan di Perancis.
Timbalan Ketua Pengarah (Pendidikan) MARA, Zahari Aziz berkata, MARA sentiasa memberi perhatian terhadap keselamatan dan kebajikan 242 orang pelajar tajaan MARA yang sedang mengikuti pengajian di negara berkenaan.
242 Pelajar MARA Di Perancis Selamat
“MARA mengambil perhatian penuh dan melaksanakan pemantauan dari semasa ke semasa untuk memastikan 242 pelajar tajaan MARA berada dalam keadaan selamat dan terkawal.
“Hasil pemantauan dan laporan daripada wakil pelajar di semua Universiti, tiada pelajar MAR terlibat dalam insiden rusuhan,” kata beliau.
Tambah Zahari, pihaknya sentiasa berhubung dengan pelajar dan mengingatkan mereka supaya berhati-hati, menjauhi kawasan demonstrasi serta mematuhi arahan pihak berkuasa tempatan dan Kedutaan Besar Malaysia di Paris.
