Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

25 Tahun ‘Bersahabat Baik’, Gajah Ni Sanggup Berjalan Sekitar 24km Untuk Penghormatan Terakhir

Gambar: Daily Star

Seekor gajah India berjalan 15 batu(24 kilometer) sehingga dia dapat mengucapkan selamat tinggal yang terakhir kepada rakan baiknya selama 25 tahun di pengebumiannya, lapor Daily Star.

Gajah yang bernama Brahmadathan itu telah membuat perjalanan selama dua jam dengan anak kepada rakan baiknya itu untuk memberi penghormatan di pengebumiannya.

Dipercayai, rakan baiknya itu merupakan penunggangnya, Omanchetan atau nama sebenarnya Kunnakkad Damodaran Nair.

Omanchetan telah menunggang dan melatih sekawan gajah selama hampir enam dekad. Namun, dia mempunyai ikatan istimewa dengan Brahmadathan dan telah membuatkan penduduk tempatan “iri” dengan ‘pasangan’ ini.

Walau bagaimanapun, suatu momen luar biasa dirakam dengan kamera apabila Brahmadathan tiba ketika pengebumian Omanchetan. Ketika mayat Omanchetan terbaring di luar rumahnya, gajah besar itu berdiri bersama-sama dengan orang yang berkabung sebelum menyentuh badan penunggang atau mahout (penjaga) itu seketika.

Rakan-rakan dan keluarga Mahout menangis dengan emosinya ketika Brahmadathan cuba mengangkatnya dengan menggoyangkan gadingnya.

Dilaporkan, Omanchetan yang berusia 74 tahun itu meninggal dunia minggu lalu di rumahnya di Kerala, India Selatan. Menurut mereka yang mengenalinya, dia dan Brahmadathan akan menghabiskan setiap hari bersama-sama dan mempunyai hubungan yang mendalam.

Rajesh, 50 tahun berkata, “Ketika Brahmadathan datang ke pengebumian, saya tidak tahan.” Mereka begitu saling sayang-menyayangi. Keinginan terakhir bapa adalah berjumpa dengan Brahmadathan.

Tambahnya, “Semua orang cemburu dengan ikatan mereka. Bapa saya telah menjadi mahout dan pelatih selama hampir enam dekad dan mengambil bahagian dalam pelbagai festival untuk menarik orang ramai.”

Dipercayai bahawa gajah merupakan haiwan yang akan meratapi pemergian ahlinya yang mati untuk beberapa hari, sama seperti manusia. Gajah dianggap sebagai salah satu makhluk paling pintar di Bumi tetapi menghadapi kepupusan kerana pemburu membunuh mereka kerana gading-gading mereka.

Sumber: Daily Star