Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

2.8 Hektar Hutan Berhampiran Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Terbakar

hutan terbakar
Kredit: Video Tular

SHAH ALAM, 17 Ogos (Bernama) -- Kawasan hutan bukit seluas kira-kira 2.8 hektar berhampiran Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Seksyen 14 di sini, terbakar dalam kejadian tengah hari tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 1.01 tengah hari sebelum mengerahkan pasukan ke lokasi.

“Jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Shah Alam yang tiba mendapati kawasan hutan bukit seluas kira-kira 2.8 hektar terbakar.

“Bagaimanapun, kebakaran tidak melibatkan sebarang struktur bangunan berhampiran serta tiada kemalangan jiwa atau mangsa dilaporkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata operasi pemadaman melibatkan 10 anggota dan pegawai bomba menggunakan peralatan khas termasuk fire beater serta pam.

Ashrul Riezal berkata setakat 8.30 malam operasi pemadaman mencapai 60 peratus dan masih diteruskan secara berperingkat.

“Pasukan bomba sedang memadam tompokan api menggunakan sumber air daripada pili bomba Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) serta bantuan lori tangki air, selain melaksanakan fire break bagi mengekang kebakaran daripada merebak,” katanya.


Sumber:BERNAMA
Intipati
  • Hutan bukit seluas kira-kira 2.8 hektar berhampiran Masjid Sultan Salahuddin terbakar tengah hari.
  • JBPM Selangor berkata tiada struktur bangunan terlibat dan tiada mangsa dilaporkan dalam kejadian.
  • Operasi pemadaman mencapai 60 peratus setakat 8.30 malam dan masih diteruskan berperingkat.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan