Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

3 Bulan Berstatus Zon Hijau, Lelaki Muslim 18 Tahun Ke Atas & Tidak Uzur Wajib Hadir Solat Jumaat Di Perlis – Mufti

Negeri Perlis antara negeri yang menjadi zon hijau paling awal sejak tempoh Perintah Kawalan Pergerakan untuk memutuskan wabak pandemik Covid-19 yang melanda negara kita ini.

Dalam satu perkongsian daripada Facebook rasmi Mufti Negeri Perlis, Dr Maza mengeluarkan satu pemberitahuan untuk penduduk di Perlis tentang kewajipan solat Jumaat di negeri tersebut.

Alhamdulilah, Negeri Perlis telah menjadi zon hijau Covid-19 hampir 3 bulan lamanya. Minggu ini, MAIPs telah membuka ruang masjid seluasnya untuk Solat Jumaat dengan mematuhi SOP yang ditetapkan.

Setiap masjid hendaklah berusaha memastikan ruang yang sebanyaknya disediakan untuk para jamaah dengan mematuhi SOP yang ditetapkan.

Setiap jemaah yang hadir hendaklah melaksanakan kelaziman baharu seperti berikut:

a. Membuat pemeriksaan suhu badan di tangga utama memasuki masjid, sanitasi tangan dan merekodkan kehadiran di dalam buku kehadiran bagi tujuan penjejakan sosial.

b. Melaksanakan penjarakan sosial termasuk semasa solat (Sekurang- kurangnya 1 meter).

c. Memakai pelitup muka (face-mask) termasuk ketika menunaikan solat.

d. Mestilah berwuduk terlebih dahulu sebelum hadir ke masjid dan membawa sejadah sendiri.

e. Tidak melakukan kontak fizikal seperti berjabat tangan, berpelukan dan sebagainya di masjid samada sebelum atau selepas solat serta terus beredar setelah selesai solat.

Boleh membawa payung sebagai teduhan dari panas dan hujan (jika perlu)

Sumber: Facebook Dr Maza