Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

3 Maut, 4 Hilang Selepas Bot Laju Terbalik Di Kalimantan Utara

Iqbal Yasir
maut Bot Laju Terbalik
Gambar: Polis Kalimantan Utara

3 Maut, 4 Hilang Selepas Bot Laju Terbalik Di Kalimantan Utara

JAKARTA, 10 Feb (Bernama) — Sebuah bot laju yang membawa 30 penumpang terbalik di Bulungan, Kalimantan Utara pada Isnin, mengorbankan tiga orang dan menyebabkan empat yang lain hilang, kata pihak berkuasa tempatan.

Kejadian berlaku di Sungai Temangga kira-kira 1.30 tengah hari waktu tempatan selepas bot itu dilaporkan melanggar kayu hanyut besar sebelum tenggelam.

Ketua Polis Kalimantan Utara Inspektor Jeneral Hary Sudwijanto berkata operasi mencari dan menyelamat sedang giat dijalankan dengan semua sumber yang ada dikerahkan bagi mengesan serta menyelamatkan penumpang yang hilang.

“Kami memaksimumkan usaha pencarian di sepanjang Sungai Kayan. Pasukan gabungan telah dihantar ke beberapa lokasi strategik untuk mempercepatkan proses ini. Keutamaan kami adalah menyelamatkan mangsa yang masih hilang,” katanya dalam kenyataan.

Menurut Pejabat Mencari dan Menyelamat Tarakan, bot laju itu berlepas dari Pulau Tias di Tanjung Palas Tengah menuju ke Tanjung Selor selepas penumpang menghadiri majlis perkahwinan.

Mangsa yang terselamat, termasuk mereka yang memerlukan rawatan perubatan, telah dibawa ke hospital di Tanjung Selor selepas diselamatkan oleh sebuah bot laju berhampiran serta pasukan penyelamat, kata Ketua Operasi agensi itu, Didik Hariana.

Sumber: BERNAMA

BACA: Ini Sebab Kenapa Februari Lebih Singkat Bilangan Hari Berbanding Bulan Lain

BACA: Singapura Premier League Buka Penyertaan Termasuk Kelab Luar

BACA: Masjid, Surau Seliaan JAKIM Dan JAWI Adakan Solat Hajat Doa Kesejahteraan Agong Esok