Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di 3 negeri sehingga jam 5 petang ini.
Hujan lebat petang ini
Menurut kenyataan itu, beberapa daerah di negeri diramal hujan seperti Pahang, Sarawak dan Sabah.
“Di Pahang, daerah yang diramal hujan adalah Raub, Bentong dan Cameron Highlands. Manakala di Sarawak pula melibatkan kawasan Bintulu (Sebauh dan Bintulu), Miri dan Limbang (Limbang).
“Beralih ke Sabah, kawasan yang diramal hujan adalah Tawau, Sandakan (Tongod, Sandakan dan Kinabatangan), Pedalaman (Sook, Keningau, Membakut, Tambunan dan Pensiangan), Pantai Barat dan Kudat.
Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.
Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.


