Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

3 Tahun Rahsiakan Sakit Kanser, Pelawak Indonesia Meninggal Dunia
Pelawak terkenal Indonesia, Nina Carolina atau lebih dikenali sebagai Mpok Alpa meninggal dunia di hospital pada Jumaat akibat kanser, lapor Detik.com.
Berita duka itu dimaklumkan oleh suami Mpok Alpa kepada pelakon dan pengacara, Raffi Ahmad menerusi panggilan telefon.
“Innalillahiwainnailaihirojiun, sahabat kami Nina Carolina atau Mpok Alpa, telah meninggal dunia. Suaminya baru saja menghubungi kami,” kata Raffi.
Perbualan telefon itu juga disiarkan secara langsung dalam satu rancangan di Trans7 FYP. Mendengar khabar pilu itu, Raffi dan rakan pengacara, Irfan Hakim tidak dapat menahan air mata.
Difahamkan, Mpok Alpa sudah lama menghidap kanser tetapi merahsiakan perkara itu daripada pengetahuan umum.
“Sebenarnya Mpok Alpa sudah beberapa bulan sakit kanser dan menjalani rawatan, namun dia tidak mahu orang ramai tahu mengenai rawatannya,” katanya.
Pelawak yang berusia 38 tahun menjalani rawatan kanser sejak tiga tahun lalu. Sepanjang tempoh itu, Raffi dan Irfan menjaga rahsia dengan tidak menyebarkan masalah kesihatan yang dihadapi Mpok.
Mpok Alpa mula dikenali dalam dunia seni Indonesia selepas videonya menjadi tular pada 2018.
Sumber: Detik.com