Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

30 Rumah Rosak Akibat Angin Kencang Di Semporna – Bomba

479 mangsa 113 rumah rosak
Gambar: Facebook

30 Rumah Rosak Akibat Angin Kencang Di Semporna – Bomba

SEMPORNA, 22 Dis (Bernama) — Kira-kira 30 rumah serta sebuah masjid di dua perkampungan atas air di sini rosak akibat angin kencang yang melanda pada 4.30 pagi tadi.

Gambar: Facebook
Gambar: Facebook
Gambar: Facebook
Gambar: Facebook

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Semporna Madzlan Sarman berkata dianggarkan 20 rumah serta sebuah masjid di Kampung Selamat rosak dan 10 rumah rosak di Kampung Seri Aman.

“Kami menerima panggilan berhubung kejadian pada 6.21 pagi dan sepasukan anggota digerakkan ke lokasi. Selain rumah, kira-kira 20 kenderaan turut rosak,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.

Menurut Madzlan, kejadian itu menyebabkan berlaku litar pintas dan Sabah Electricity serta pasukan bomba menjalankan pemeriksaan bagi memastikan tiada bahaya lain.

Gambar: Facebook

Tiada mangsa dilaporkan cedera dan operasi tamat pada 7.38 pagi, katanya.

BACA: Bantuan Awal Persekolahan Diperluas Kepada Pelajar Tingkatan Enam

BACA: Kertas Siasatan Kes Resit Tertera Kenyataan Hina Melayu, Islam Dibuka

BACA: 18 Anggota Polis Ditahan Atas Dakwaan Peras Ugut Warga Malaysia Di Konsert DWP Jakarta

Sumber: BERNAMA