Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

30,000 Paket Rendang Nyet Berapi “Sold Out” Dalam Masa Hanya 48 Saat
Pempengaruh dan usahawan terkenal, Khairul Aming atau dikenali sebagai KA sekali lagi mencipta sejarah dalam bidang keusahawanan apabila berjaya menjual sebanyak 100,000 paket Rendang Nyet Berapi bersempena pelancaran produk ketiganya pada malam ini.
Menerusi siaran langsung di akaun TikToknya, pempengaruh itu melancarkan jualan produk ketiganya itu dalam dua kali pusingan.
Pada jualan pertama, Rendang Nyet Berapi berjaya mencatatkan jualan RM1.2 juta dalam masa hanya 30 saat, dengan 70,000 paket terjual.
Pun begitu, sebahagian penonton meminta KA untuk membuka jualan kali kedua kerana tidak sempat membuat pembelian susulan laku keras.
Lebih mengejutkan, jualan kedua Rendang Nyet Berapi juga merekodkan masa pantas, 48 saat untuk 30,000 paket produk berkenaan habis terjual. Ia menjadikan jualan Rendang Nyet Berapi mencecah RM1.8 juta.
Dalam pada itu, KA turut mengumumkan senarai pemenang giveaway kepada lima pembeli terpantas untuk dibawa bercuti ke New Zealand pada bulan Oktober depan.
Sebelum ini, pempengaruh itu telah memperkenalkan produk ketiganya iaitu Rendang Nyet Berapi.
Pengumuman itu membuatkan orang ramai terutamanya peminatnya sangat teruja untuk mencuba.
Lebih mengujakan, KA turut mengadakan giveaway di mana lima pembeli terpantas akan dibawa bercuti ke New Zealand pada bulan Oktober depan.
“Bulan 10 ini KA akan bawa lima orang pergi bercuti ke New Zealand dan korang boleh bawa plus one lagi.
“Untuk percutian ini, pertama sekali kita akan pergi ke South Island of New Zealand, salah satu tempat yang paling cantik.
“Dari segi aktiviti pula, sudah tentu bila bercuti dengan Khairul Aming, kita akan masak sama-sama nantilah. Sambil tengok langit biru, cantik,” katanya.
Sumber: TikTok Live Khairul Aming