Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

349 Pesakit Covid-19 Maut Di Itali Semalam, Catat Kematian Tertinggi Selepas China

Sebanyak 249 kematian baharu akibat wabak Covid-19 direkodkan dalam tempoh sehari di Itali sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan kematian sebanyak 2,158 pada Isnin.

Ini menjadikan negara itu sebagai pemegang angka tertinggi kematian di dunia selepas China yang menjadi pusat penyebaran wabak.

Sementara itu, di Iran jumlah kematian terkini adalah sebanyak 129 sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 853 dan menjangkiti hampir 15 ribu orang.

Difahamkan, antara yang maut selain orang ramai adalah 12 ahli politik Iran dan pegawai kerajaan.

Pada masa sama, Spain pula merekodkan jumlah kemtian tertinggi di Eropah selepas itali dengan 279 kematian.

Sumber: KKM Putrajaya