Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

4 Negeri, 1 Wilayah Diramal Hujan Lebat Hingga Malam Ini

Iqbal Yasir
Wilayah Diramal Hujan Lebat
Kredit: Bernama

4 Negeri, 1 Wilayah Diramal Hujan Lebat Hingga Malam Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di empat negeri dan satu Wilayah Persekutuan (WP) sehingga jam 7 malam ini.

Menurut kenyataan itu, beberapa daerah di negeri seperti Perak, Selangor, Sarawak, Sabah dan seluruh WP Putrajaya diramal hujan.

"Di Perak, kawasan yang diramal hujan adalah Batang Padang dan Muallim. Manakala di Selangor pula melibatkan Hulu Selangor, Gombak dan Sepang.

"Beralih ke Sarawak pula, kawasan yang diramal hujan adalah Miri dan Limbang.

"Bagi Sabah pula, kawasan yang diramal hujan adalah Pedalaman (Sipitang dan Beaufort), Pantai Barat dan Kudat (Kota Marudu)," maklum kenyataan itu.

Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.

Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.

Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.