Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

4 Sekeluarga Maut Tanah Runtuh Di Tengah Indonesia

Fazidi
Gambar: BNPB

JAKARTA, 20 Nov (Bernama-Xinhua) — Empat sekeluarga maut selepas tanah runtuh menimbus rumah mereka di wilayah Jawa Tengah, Indonesia, pada Selasa, kata seorang pegawai tempatan, lapor Xinhua.

Menurut laporan awal, bencana itu berlaku di Kampung Bruno, daerah Purworejo, pada petang Selasa ketika hujan lebat.

Penyelaras misi untuk agensi mencari dan menyelamat wilayah Muhammad Abdullah memberitahu media tempatan pada Rabu bahawa pasukan penyelamat menemukan tiga mangsa pada Selasa malam dan mangsa keempat pada pagi Rabu.

Mayat mangsa telah dibawa ke hospital berhampiran untuk proses pengecaman.

Beliau menambah bahawa wilayah itu dilanda hujan lebat pada Selasa, yang mencetuskan kejadian tanah runtuh berkenaan.

Sumber: BERNAMA-XINHUA