Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

418 Mangsa Banjir Dipindahkan Di Beaufort, Membakut Mula Dilanda Banjir

Iqbal Yasir
mangsa banjir beaufort
Gambar: APM Beaufort

418 Mangsa Banjir Dipindahkan Di Beaufort, Membakut Mula Dilanda Banjir

KOTA KINABALU, 8 Mac (Bernama) — Seramai 418 orang daripada 121 dipindahkan di Beaufort akibat banjir setakat 8 pagi ini, manakala daerah Membakut mula dilanda banjir, menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah dalam kenyataan hari ini.

Menurut kenyataan itu, seramai 374 mangsa daripada 106 keluarga ditempatkan di Pusat Pemindahan Kekal Dewan Selagon, manakala 44 mangsa daripada 15 keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Datuk Sri Panglima Mohd Dun Banir.

“Sebanyak 10 kampung terjejas akibat banjir di Beaufort dan pemindahan mangsa pagi ini meningkat,” kata kenyataan itu.

Sementara itu, daerah Membakut dilanda banjir pada pagi ini dengan PPS Dewan Kesenian Islam Membakut telah dibuka untuk pemindahan mangsa banjir.

“PPS telah diaktifkan setelah pemeriksaan kawasan dan rumah penduduk terjejas tidak selamat untuk didiami,” katanya.

Sumber: BERNAMA

BACA: Ini Senarai Lokasi Bazar Ramadan Rahmah 2025

BACA: Senarai Kadar Zakat Fitrah 2025 Bagi Setiap Negeri

BACA: Tular Masjid Beri Cabutan Bertuah Selepas Solat Tarawih Curi Perhatian Ramai