Utama

Tip

Trivia

Berita

Berita

Tip

Sukan

Tip

Trivia

Berita

Berita

Tip

Sukan

42 Bungkusan Disyaki Dadah Ditemui Dalam Bot Hanyut – Maritim Malaysia
Sebanyak 42 bungkusan disyaki dadah telah ditemukan di dalam sebuah bot tanpa nombor pendaftaran yang hanyut berhampiran kawasan perairan Stesen PAPA Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) pada Isnin.
Pengarah Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Laksamana Pertama Maritim Mohd Khairulanuar Abd Majid @ Razali berkata, pemeriksaan awal dilakukan anggota TLDM di atas bot berkenaan menemukan tiga bungkusan mencurigakan yang disorok di bahagian bilges (bahagian bawah dalam lambung kapal).
“Setiba bot itu di Jeti Maritim Malaysia Sepanggar, pemeriksaan lanjut oleh Pasukan Forensik dan Seksyen Siasatan Jenayah Maritim yang dilakukan telah menemukan sebanyak 39 lagi bungkusan yang disembunyikan di dalam tangki penyimpanan air, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 42 bungkusan kesemuanya.
“Kesemua bungkusan berkenaan dipercayai mengandungi bahan terlarang disyaki dadah dan sampel akan dihantar ke Jabatan Kimia untuk pengesahan,” katanya.
Kes terbabit disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup jika sabit kesalahan.
Dalam pada itu, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) memaklumkan operasi penguatkuasaan akan terus dipertingkatkan.
Komuniti maritim juga diseru untuk melaporkan sebarang aktiviti mencurigakan kepada pihak berkuasa melalui talian kecemasan 999 atau Pusat Operasi Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan untuk tindakan segera.