Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

42 Pelajar SM Agama Tasek Junjong Keracunan Makanan

Gambar Via Bernama

NIBONG TEBAL, 9 Sept (Bernama) — Sejumlah 42 pelajar Sekolah Menengah Agama Tasek Junjong di sini mengalami keracunan makanan dipercayai selepas makan mi goreng dan air milo di kantin sekolah itu pagi tadi.

Pelajar terbabit, yang terdiri daripada 30 perempuan dan 12 lelaki, mengalami sakit perut, cirit-birit dan muntah bermula pada 11 pagi.

Pengarah Kesihatan Negeri Pulau Pinang Dr Asmayani Khalib berkata pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu dan kesemua pelajar dibawa ke Hospital Sungai Bakap untuk menerima rawatan namun tiada yang ditahan di wad.

“Semua pelajar itu menerima rawatan sebagai pesakit luar dan dilaporkan dalam keadaan stabil dan kami sedang menjalankan siasatan lanjut termasuk mengambil sampel makanan di kantin untuk pemeriksaan serta ujian,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata pihaknya turut memantau keadaan pelajar yang keracunan makanan di sekolah itu bagi memastikan mereka sembuh sepenuhnya.

— BERNAMA