Pelakon kerdil, Badrol Shah melalui akaun Instagramnya hari ini memberi khabar duka tentang pemergian isterinya pagi ini.
Isteri Badrol, Allahyarhamah Farah Sheila menghembuskan nafas terakhir di Hospital Kuala Lumpur pada jam 8.15 pagi tadi.
Allahyarhamah disahkan positif COVID-19 varian Delta awal Julai lalu dan meninggal dunia setelah 45 hari bertarung nyawa.
Sebelumnya, pernah berlaku kekeliruan maklumat tentang status kesihatan isteri Badrol 10 Ogos lalu apabila Badrol memuatnaik hantaran di Facebook tentang kematian isterinya.
Selang beberapa hari kemudian, doktor memaklumkan bahawa isteri Badrol masih hidup, namun dalam keadaan kritikal selepas ditidurkan 2 Ogos lalu.
Semoga roh Allayarhamah Farah Sheila dicucuri rahmat dan ditempat di kalangan orang-orang beriman di sisiNya. Al-Fatihah.
Sumber: Badrol Shah
