Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Setiap dari kita sudah tentu mempunyai keinginan untuk ke luar negara. Ada yang nak melancong dan ada pula yang bekerja di luar negara.
Namun, mungkin ada perkara yang korang terlepas pandang. Korang berpotensi disekat ke luar negara kalau tergolong dalam situasi ini.
Min nak kongsikan dengan korang lima situasi yang boleh buat korang tak dapat ke luar negara.
Mengikut kepada undang-undang di Malaysia, terdapat lima situasi yang membolehkan pegawai imigresen di lapangan terbang atau mana-mana pelabuhan menyekat korang daripada ke luar negara.
1. Terikat dengan perintah mahkamah.
2. Terdapat tunggakan cukai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Tindakan ini akan dikenakan terhadap individu atau pengarah syarikat, sama ada warganegara atau bukan warganegara, yang mempunyai tunggakan cukai pendapatan, Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT) atau cukai syarikat kalau korang merupakan pengarah syarikat dengan sekurang-kurangnya 20 peratus pemilikan saham.

3. Ada juga yang dah pun disenarai hitam oleh pihak Imigresen disebabkan kesalahan yang melanggar peraturan Imigresen. Contohnya, tinggal lebih masa atau masuk ke Malaysia secara haram. Kalau didakwa atas kesalahan pemalsuan dokumen seperti visa pun boleh disenarai hitam. Awas ya.
4. Isu undang-undang lain. Korang selaku majikan atau rakan kongsi mana-mana syarikat juga boleh dikenakan sekatan ke luar negara atas sebab tidak menjelaskan tunggakan caruman pekerja kepada pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) atau boleh jadi korang diisytiharkan muflis dengan pihak Jabatan Insolvensi.
5. Tunggakan bayaran balik pinjaman pendidikan juga antara perkara yang kadangkala terlepas pandang oleh sesetengah individu.
Maknanya, kalau korang ada tunggakan bayaran balik pinjaman PTPTN, perjalanan korang ke luar negara juga akan disekat.
Jangan melatah dulu, bukan semua individu akan dikenakan sekatan ni.
Setakat yang min tahu, sekatan perjalanan kepada peminjam PTPTN ni dilaksanakan secara bersasar, hanya dikenakan terhadap mereka yang ada tunggakan melebihi lima (5) tahun dan mereka berkemampuan membuat bayaran balik pinjaman;
Selain tu, sekatan perjalanan ni juga dikenakan terhadap peminjam yang telah direkodkan penghakiman di mahkamah; dan/ atau bekerja di luar negara tapi gagal buat bayaran balik.
Langkah ni merupakan salah satu usaha menjamin kelestarian dana pendidikan bagi generasi akan datang.

Bagi korang yang tidak mampu untuk membuat bayaran balik pinjaman, jangan risau. PTPTN sentiasa terbuka untuk membuat rundingan dengan korang.
Sekarang ni, PTPTN melaksanakan inisiatif #PTPTNBolehBincang. Peminjam boleh berunding melalui penstrukturan semula pinjaman untuk pelan pembayaran fleksibel mengikut kemampuan kewangan masing-masing. Korang disarankan untuk buat rundingan melalui aplikasi myPTPTN.
Andai kata korang ada keperluan untuk ke luar negara dan sudahpun membeli tiket penerbangan, pastikan korang buat rundingan sekurang-kurangnya lima hari sebelum tarikh ke luar negara.
Korang boleh layari laman sesawang https://sspi.imi.gov.my/ untuk buat semakan atau semak di aplikasi myPTPTN
Jawapan, sangat penting.
Sebelum kita sembang lanjut, cuba korang ingat semula waktu pertama kali korang mulakan kehidupan di universiti atau kolej.
Sesukar manakah situasi korang untuk jalani kehidupan seharian dalam keadaan kewangan yang terhad dan semudah manakah urusan harian korang sara diri setelah korang terima pinjaman PTPTN?
Min yakin, kebanyakan dari kita alami situasi yang sama sebelum dan selepas.

Setuju atau tidak, situasi ini terbukti memberi peluang kepada kita untuk meneruskan pengajian di peringkat tinggi.
Oleh itu, peluang yang sama seharusnya dirasai generasi akan datang.
Usaha melestarikan pendidikan di peringkat tinggi ini sebenarnya tidak hanya menjadi tanggungjawab pihak kerajaan, tetapi turut melibatkan tindakan daripada kita, yang pernah menerima bantuan kewangan ini suatu ketika dahulu.
Dengan usaha ini, kita memenuhi tanggungjawab membuat bayaran balik pinjaman ni, membolehkan generasi akan datang menikmati peluang serta kemudahan pembiayaan pendidikan yang sama.