Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

51 Terkorban, Sekolah Rendah Terkena Serangan Israel Di Selatan Iran

Sekolah Rendah Terkena Israel
Kredit: AFP

51 Terkorban, Sekolah Rendah Terkena Serangan Israel Di Selatan Iran

Sekurang-kurangnya 51 pelajar terkorban dalam serangan Israel yang terkena sebuah sekolah rendah di Selatan Iran, lapor Afp.

"Dalam serangan peluru berpandu Israel pagi ini ke atas sebuah sekolah rendah perempuan di daerah (Minab), setakat ini 51 pelajar telah terkorban dan 60 pelajar lagi cedera," kata gabenor daerah tersebut.

Difahamkan, terdapat 170 pelajar di sekolah berkenaan sewaktu kejadian.

Sebelum ini, Kementerian pertahanan Israel mengumumkan 'serangan awal' terhadap Iran pada Sabtu, lapor AFP

"Israel telah melancarkan serangan awal terhadap Iran. Menteri Pertahanan Israel Katz telah mengisytiharkan darurat khas dan segera di seluruh negara," menurut kenyataan daripada kementeriannya.

Tentera Israel berkata serangan yang dilancarkan ke atas Iran, dengan penyelarasan bersama Amerika Syarikat, menyasarkan puluhan lokasi ketenteraan dan merupakan hasil perancangan bersama antara kedua-dua sekutu selama beberapa bulan.

Kenyataan itu dikeluarkan ketika wartawan AFP melaporkan bunyi letupan kuat yang kembali kedengaran serta siren amaran serangan udara di sekitar Baitulmaqdis, selepas pihak tentera sebelum itu memaklumkan telah mengesan beberapa siri pelancaran peluru berpandu dari Iran.

“Serangan (ke atas Iran) menyasarkan puluhan aset ketenteraan dan dilaksanakan sebagai sebahagian daripada operasi besar-besaran yang diselaraskan dan dijalankan bersama terhadap negara itu.

"Ia didahului dengan perancangan erat antara Angkatan Pertahanan Israel (IDF) dan tentera Amerika Syarikat dalam beberapa bulan sebelum serangan, sekali gus membolehkan pelaksanaan serangan berskala besar itu dilakukan dengan penyelarasan dan keseragaman penuh antara kedua-dua pasukan tentera," menurut kenyataan tentera Israel.