Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

524 Projek Bilik Darjah Tambahan Bernilai RM668 Juta Dilaksana Seluruh Dunia - Ahmad Maslan

524 Projek Bilik Darjah Tambahan
KUALA NERUS, 17 Ogos -- Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan pada sidang media pada Majlis Penyerahan Perdana Projek Siap Mendahului Jadual atau "Ahead on Time" (AOT) kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di SMK Tok Jembal hari ini. -- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA

KUALA NERUS, 17 Ogos (Bernama) -- Sebanyak 524 projek pembinaan bilik darjah tambahan bagi kemasukan murid tahun satu sesi 2027 dilaksanakan di seluruh negara dengan nilai keseluruhan RM668 juta, kata Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Dr Ahmad Maslan.

Beliau berkata daripada jumlah itu, sebanyak 517 projek telah menerima Surat Setuju Terima (SST), manakala tiga projek telah disiapkan setakat ini.

"Projek itu melibatkan pembinaan bilik darjah tambahan bagi kemasukan murid tahun satu menggunakan kaedah modular dan Sistem Binaan Berindustri (IBS). Selangor mencatat jumlah tertinggi projek pembinaan bilik darjah tambahan berkenaan dengan 143 projek," katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Penyerahan Perdana Projek Siap Mendahului Jadual oleh Jabatan Kerja Raya Negeri Terengganu kepada Kementerian Pendidikan, yang disempurnakan oleh Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tok Jembal di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Ahmad berkata projek berkenaan melibatkan 459 sekolah serta 1,780 bilik darjah terdiri daripada 1,255 bilik darjah perdana dan 525 bilik darjah Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI).

Beliau berkata Selangor merekodkan jumlah projek tertinggi, iaitu 143, dengan kesemua projek telah menerima SST, diikuti Kedah sebanyak 93 projek dengan 92 projek menerima SST, manakala Johor merekodkan 47 projek dengan 45 projek telah menerima SST.

"Bagi Terengganu pula sebanyak 45 projek dan kesemuanya telah menerima SST. Pulau Pinang mencatatkan 30 projek dan kesemuanya telah menerima SST, diikuti Perak sebanyak 22 projek dengan 18 menerima SST.

"Selain itu, Pahang merekodkan 50 projek, Melaka (69), Kelantan (10), Perlis (lapan), Wilayah Persekutuan Labuan (tiga), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan masing-masing dua projek,” katanya.

Ahmad berkata jumlah projek yang menerima SST masing-masing adalah selaras dengan keseluruhan jumlah projek yang diperuntukkan.

Intipati
  • Sebanyak 524 projek bilik darjah tambahan bernilai RM668 juta dilaksanakan seluruh negara.
  • Ahmad Maslan berkata 517 projek menerima SST, manakala tiga projek sudah disiapkan.
  • Projek itu melibatkan 459 sekolah serta 1,780 bilik darjah perdana dan PPKI.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan