Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Melahirkan cahaya mata pastinya menjadi antara detik paling mendebarkan dalam kehidupan seorang ibu, apatah lagi apabila perlu berdepan rasa sakit dan tekanan pada masa yang sama.
Maka, tidak hairanlah apabila setiap ibu hadir atau mempunyai cara tersendiri untuk menguatkan semangat ketika berada di bilik bersalin.
Ada yang memilih untuk berdiam diri, mendapatkan sokongan pasangan atau keluarga atau ada juga yang menggunakan cara kreatif bagi mengurangkan tekanan ketika proses kelahiran.
Tidak kira apa caranya, setiap usaha kecil itu boleh menjadikan suasana di bilik bersalin lebih tenang dan mencipta kenangan tersendiri buat ibu, keluarga serta petugas perubatan.
Baru-baru ini, satu video yang dimuat naik di Instagram oleh pengguna @toeyraycoats mencuri perhatian warganet selepas memaparkan dirinya sedang melalui detik mencabar di bilik bersalin.
Dalam rakaman itu, dia kedengaran melaungkan "Kamehameha" sambil mengerahkan seluruh tenaga ketika bertarung menahan kesakitan untuk melahirkan bayinya.
Bagi peminat Dragon Ball, "Kamehameha" merupakan teknik serangan ikonik yang sinonim dengan watak utama anime berkenaan, Son Goku.
Aksi tersebut seolah-olah memperlihatkan dia sedang mengumpulkan tenaga seperti Son Goku sebelum melancarkan serangan, sekali gus mencetuskan suasana lebih santai dalam detik yang mendebarkan itu.
Gelagat spontannya turut mengundang gelak tawa di bilik bersalin dan mencuri perhatian selepas rakaman berkenaan dikongsikan di media sosial.
Walaupun sedang menahan kesakitan, dia tetap mampu mencipta momen mencuit hati ketika melalui salah satu detik paling penting dalam hidupnya.
Dengan bantuan petugas perubatan, proses kelahiran itu akhirnya berjalan lancar dan bayi berkenaan selamat dilahirkan.
Rakaman tersebut kemudiannya mengundang pelbagai reaksi warganet yang rata-rata terhibur dengan cara uniknya menguatkan semangat ketika menyambut kelahiran cahaya mata.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat gelagat spontan wanita itu, malah ramai mengakui tidak menyangka proses bersalin tersebut akan bertukar menjadi aksi ala-ala Dragon Ball.
"Sudah tentu dia sedang melahirkan Saiyan seterusnya," komen seorang pengguna.
"Saya rasa nak buat perkara yang sama tanpa beritahu suami saya yang peminat tegar anime. Lagi menarik sebab Dragon Ball ialah anime pertama yang kami tonton bersama," kata seorang lagi.
"Ini perkara paling menghiburkan yang pernah saya lihat," tulis pengguna lain.
Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan