Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

58 Lagi Disahkan Kes Omicron, 4 Daripadanya Adalah Penularan Tempatan

Sebanyak 58 kes lagi disahkan varian Omicron melalui jujukan genom penuh (WSG) yang dijalankan oleh Institut Penyelidikan Perubatan (IMR).

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata daripada jumlah tersebut 54 kes merupakan jangkitan import manakala empat lagi adalah penularan tempatan.

Berdasarkan kenyataan daripada Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham berkata, empat penularan tempatan dipercayai mendapat jangkitan daripada seorang jemaah umrah yang positif Omicron.

Sehingga kini, jumlah kumulatif kes Omicron mencecah 122 kes. Daripada jumlah ini, 117 kes merupakan jangkitan import dari luar negara dan lima kes lagi merupakan penularan tempatan. Daripada keseluruhan kes Omicron yang dilaporkan, sebanyak 71 kes (58.2%) merupakan Jemaah Umrah.

Sumber: Bernama, Tan Sri Dr Noor Hisham