Utama

Berita

Berita

Berita

Sukan

Politik

Berita

Berita

Berita

Berita

Sukan

Politik

Berita

KUALA LUMPUR: Lebih 500 pekerja sebuah syarikat penerbangan tambang murah yang ditamatkan perkhidmatan akan dibantu oleh Kementerian Sumber Manusia (KSM) menerusi agensinya Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).
Menteri Sumber Manusia, YB Tuan V Sivakumar berkata KSM sedia maklum berkenaan kemelut yang sedang dihadapi oleh sebuah syarikat penerbangan tempatan yang sedang hangat disiarkan melalui media massa ketika ini.
Katanya. kementerian menerusi agensinya PERKESO sentiasa memantau perkembangan terkini bagi memastikan segala perkara yang melibatkan kebajikan pekerja akan diambil tindakan segera.
“Berdasarkan rekod caruman PERKESO, lebih 500 orang pekerja dijangka menerima manfaat Sistem Insurans Pekerjaan PERKESO.
“Pekerja berkenaan akan menerima gantian pendapatan untuk tempoh tiga hingga enam bulan sementara mendapat kerjaya baharu,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.
YB Tuan V. Sivakumar berkata, manfaat Elaun Mencari Pekerjaan (EMP) itu diberikan selepas semakan terhadap rekod caruman Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) mereka memenuhi syarat kelayakan.
EMBARGO: Tidak boleh dicetak atau disiarkan di mana-mana platform media sosial sebelum jam 12 tengah hari, Ahad 15 Oktober 2023
Jelasnya, kementerian dan PERKESO komited serta sentiasa bersedia membantu meringankan bebanan mereka dari segi kewangan akibat diberhentikan kerja.
Selain itu, katanya, pekerja syarikat penerbangan ini akan dibantu melalui peningkatan kemahiran (upskilling) mengikut keperluan individu.
“Malah, mereka akan dimaklumkan mengenai kekosongan jawatan dan penempatan pekerjaan baharu melalui portal perkhidmatan pekerjaan negara MYFutureJobs.
“Bantuan kepada pekerja yang terkesan juga turut merangkumi perkhidmatan sokongan pekerjaan secara individu dan kaunseling kerjaya oleh Pegawai Perkhidmatan Pekerjaan PERKESO,” katanya.