Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

6 Negeri, 1 Wilayah Persekutuan Dijangka Hujan Lebat Hingga Awal Pagi Ini
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) meramalkan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di enam negeri dan satu Wilayah Persekutuan Labuan hingga jam 1 pagi ini.
Dalam kenyataan tersebut, enam negeri yang terlibat adalah Kedah, Pulau Pinang, Perak, Pahang, Sarawak, Sabah dan Wilayah Labuan.
Difahamkan, keseluruhan kawasan di negeri Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan Labuan diramal mengalami cuaca buruk itu.
“Di Kedah, daerah yang terlibat adalah Padang Terap, Yan, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu.
“Manakala di Perak pula melibatkan Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar dan Batang Padang.
“Sementara di Pahang termasuk beberapa daerah seperti Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerant, Bentong, Temerloh dan Bera diramal hujan.
“Beralih ke Sarawak, daerah yang terlibat adalah Sibu, Kapit (Song, Kapit dan Belaga), Bintulu, Miri, (Beluru, Telang Usan dan Marudi) dan Limbang.
“Manakala Sabah di kawasan Pedalaman (Nabawan),” maklum MET dalam kenyatan tersebut.
Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.
Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.
Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia)