Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Enam Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi Ini

Hujan Lebat
Kredit: Bernama

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat melibatkan kawasan di enam negeri sehingga 1 pagi.

Menurut amaran berkenaan, negeri terlibat ialah Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang dan Sarawak.

Beberapa Negeri Diramal Hujan Lebat

Di Kedah, kawasan yang disenaraikan ialah Baling, Kulim dan Bandar Baharu.

Bagi Perak, amaran membabitkan Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Batang Padang, Muallim, Kampar, Selama dan Larut Matang.

Sementara itu, seluruh Kelantan turut disenaraikan dalam amaran berkenaan.

Di Terengganu, kawasan terlibat ialah Besut, manakala di Pahang pula membabitkan Cameron Highlands.

Bagi Sarawak, amaran meliputi Kapit, Lubok Antu di bahagian Sri Aman, Kanowit di bahagian Sibu, Julau dan Pakan di bahagian Sarikei serta Betong di bahagian Betong.

Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.

Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.

Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.

Intipati
  • MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat sehingga 1 pagi.
  • Amaran membabitkan kawasan di Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang dan Sarawak.
  • Penduduk dinasihatkan berwaspada, mengelakkan aktiviti luar dan mengikuti saluran rasmi MetMalaysia.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan