Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

6 Terbunuh Di Myanmar Sejak Konsensus Asean Dicapai

Sofea
Gambar Via Bernama

JAKARTA, 30 April (Bernama) — Sekurang-kurangnya enam orang dibunuh tentera Myanmar sejak berakhirnya Mesyuarat Khas Pemimpin ASEAN di Jakarta minggu lalu, lapor Agensi Anadolu memetik kumpulan hak asasi pada Khamis.

Mesyuarai itu mencapai kesepakatan mengenai lima konsensus untuk menamatkan keganasan pasca rampasan kuasa di negara itu

Menurut Persatuan Bantuan Tahanan Politik (AAPP), pasukan keselamatan juga telah membunuh sekurang-kurangnya 756 orang sejak rampasan kuasa tentera 1 Februari.

Protes pro-demokrasi berlaku di bandar di seluruh negara Asia Tenggara itu sejak tentera menggulingkan kerajaan pimpinan Aung San Suu Kyi, menahannya dan pemimpin Liga Demokrasi Kebangsaan (NLD) yang lain, kemudian melakukan kekerasan melampau terhadap penunjuk perasaan anti-kudeta.

Konsensus ASEAN mengenai Myanmar yang dicapai Sabtu lalu menunjukkan blok itu sepakat supaya keganasan segera dihentikan, dialog substantif dengan semua pihak yang terlibat, utusan khas atau perwakilan menjadi perantara, dan pengedaran bantuan kemanusiaan.

Tetapi persatuan itu berkata ASEAN jangan mudah terpedaya dengan ikrar junta kononnya akan “mengelak melakukan keganasan”.

“Hanya ada ‘satu pihak’ sahaja yang melakukan keganasan di Burma.

“Walaupun kekerasan junta berlangsung setiap hari, Revolusi Musim Bunga terus memuncak di seluruh negara, termasuk di Yangon dan Mandalay,” kata persatuan itu.

Junta tentera turut melarang aliran maklumat dan persatuan itu menyifatkan ia sebagai melanggar kebebasan akhbar sekali gus melambangkan betapa hak asasi manusia semakin menuju kehancuran di negara ini.

Sumber: BERNAMA