Terkini

Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
7 Gadget Murah Tapi Genius Buat Bilik Mandi Nampak Mewah
Gambar AI
Tiada Kategori

7 Gadget Murah Tapi Genius Buat Bilik Mandi Nampak Mewah

suhaila

7 Gadget Murah Tapi Genius Buat Bilik Mandi Nampak Mewah

Bilik mandi sering jadi ruang yang orang ambil mudah. Asalkan ada sinki, pancuran air dan tandas sudah cukupkan? Tapi kalau anda perasan, trend rumah moden hari ini menjadikan bilik mandi sebagai salah satu sudut healing paling peribadi dalam rumah.

Ruang inilah tempat kita reset minda selepas seharian sibuk, tenangkan badan dan lepaskan penat tanpa gangguan. Malah, ada orang yang sanggup habiskan masa lebih lama di bilik mandi hanya untuk rasa ‘me time’ yang sebenar.

Sebab itu, semakin ramai pemilik rumah sanggup hias bilik mandi cantik-cantik. Malah ada yang sanggup labur untuk upgrade dengan gadget yang menarik supaya lebih selesa dan sedap mata memandang.

Berita baiknya, nak buat bilik mandi nampak mahal dan moden tak semestinya kena keluar bajet ribu-ribu.

Dengan sentuhan kecil dan pilihan gadget yang murah tapi genius, ruang mandi biasa pun boleh nampak elegan dan rasa macam bilik air hotel 5 bintang.

Siapa sangka, perubahan kecil ini boleh naikkan mood seisi rumah. Nak tahu apa yang patut anda cuba? Jom kami kongsikan 7 pilihan bijak yang confirm buat orang kagum bila melangkah masuk ke bilik mandi anda nanti.

1. Rak sabun magnet

Pernah tak anda letak sabun buku di tepi sinki tapi lama-lama jadi lembik, melekat dan kotor? Ini masalah klasik yang ramai orang malas hadap.

Sebab itu ramai sanggup tukar ke sabun cecair walaupun hakikatnya sabun buku lebih menjimatkan. Dengan rak sabun magnet, masalah sabun berkubang dalam air dapat diselesaikan.

Rekaan rak ni unik kerana ia ada pemegang magnet yang seolah menggantung sabun di udara. Jadi, sabun akan cepat kering setiap kali lepas guna, tak berair dan tak melekit pada dulang.

Bonusnya, rak ini pun kecil dan minimalis, senang pasang di dinding atau tepi sinki. Bila sabun sentiasa kering, ruang sinki pun nampak bersih dan kemas.

2. Dispenser sabun automatik

Kalau anda perasan tandas-tandas awam premium, kafe hipster atau hotel mewah jarang dah guna botol sabun biasa. Kebanyakannya dah guna dispenser sabun automatik.

Teknologi sensor ni bukan saja nampak canggih tapi sangat praktikal untuk jaga kebersihan tangan. Cukup dengan hulur tangan, sabun akan keluar sendiri ikut sukatan. Tak perlu sentuh pump atau botol.

Keadaan ini juga akan mengurangkan risiko jangkitan kuman dan lebih bersih untuk seisi keluarga. Sekarang banyak model dispenser automatik bajet yang boleh digantung di dinding.

Rekaan pun moden, senang refill dan tahan lama. Tambahan pula, bila sabun automatik ni terpasang, bilik mandi nampak ‘futuristik’ macam di mall atau hotel mahal. Dengan bajet bawah RM50 pun dah boleh miliki. Berbaloi kan?

3. Shower head tekanan tinggi

Satu lagi gadget yang betul-betul mengubah mood mandi ialah shower head tekanan tinggi. Kalau sebelum ini air shower anda keluar perlahan dan tak puas mandi, cuba pasang shower head jenis ni.

Aliran airnya lebih kuat dan sekata. Ini akan menjadikan mandi anda lebih segar, cepat bersih dan rasa seolah-olah mandi di spa. Menariknya, shower head jenis tekanan tinggi bukan saja sedap digunakan, tapi juga boleh membantu jimat bil air.

Ini kerana air yang keluar deras membasuh dengan lebih efektif. Jadi tak perlulah berdiri lama-lama bawah pancuran.

Ada juga model yang siap dengan filter untuk tapis klorin. Ianya bagus kalau anda ada masalah kulit kering atau sensitif. Harga? Boleh jumpa di Shopee/Lazada serendah RM30 ke RM40 bergantung pada rekaan dan fungsi.

4. Rak sudut bertingkat

Siapa yang tak suka tengok bilik mandi kemas kan? Tapi realitinya, barang-barang macam syampu, sabun, facial wash, alat cukur kalau dibiarkan tanpa tempat, ianya cepat berselerak atas lantai atau tepi tab mandi.

Di sinilah rak sudut bertingkat jadi penyelamat. Rak jenis ni direka untuk guna ruang sudut yang selalu dibiarkan kosong. Walaupun nampak kecil, ia boleh muat banyak barang mandian malah mudah disusun ikut kategori.

Pilih rak sudut jenis teleskopik yang boleh laras tinggi ikut ruang atau jenis vakum lock yang tak perlukan paku dan drill. Tak rosakkan jubin, tak makan ruang tapi sangat praktikal.

Harga pun mesra bajet. Kebanyakan harga hanya bawah RM30 sahaja. Simple tapi hasilnya bilik mandi nampak jauh lebih kemas dan teratur.

BACA : Rahsia Pantau Anak: 5 App Kawal Gajet Paling Power

5. Cermin LED anti-kabus

Ramai orang tak sedar bahawa cermin sebenarnya boleh jadi ‘highlight’ bilik mandi. Kalau cermin besar, bersih dan terang, ruang bilik mandi automatik akan nampak mewah.

Lagi menarik kalau cermin tu ada lampu LED dan fungsi anti-kabus. Bila mandi air panas cermin biasanya berwap. Ianya agak leceh kalau nak bersiap, shave atau pakai skincare.

Dengan cermin LED anti-kabus masalah ini selesai. Lampu LED putih pun membantu beri pencahayaan terbaik masa bersolek.

Beberapa model moden pula datang dengan sentuhan butang on/off, rekaan nipis dan mudah dipasang. Dah tak perlu wiring yang rumit. Banyak model plug-and-play bawah RM80 pun dah cukup cantik untuk anda ‘upgrade’ vibe bilik mandi.

6. Bidet portable

Bidet bukan lagi barang mewah orang luar negara. Sekarang ramai rakyat Malaysia mula sedar pentingnya kebersihan selepas ke tandas.

Ianya lebih bersih, lebih yakin dan lebih mesra alam. Kalau tak mahu labur ribuan ringgit untuk tandas pintar pasang saja bidet portable. Ia kecil, senang pasang pada mangkuk tandas sedia ada dan tak perlu tukar tandas baru pun.

Nozzle air boleh laras kuat atau lembut menjadikan ianya selesa untuk seisi keluarga. Paling best, penggunaan tisu tandas pun boleh dikurangkan.

Banyak model bidet portable dijual bawah RM50 sahaja. Mudah, praktikal dan patut ada di setiap rumah moden.

7. Karpet anti-slip corak mewah

Jangan pandang rendah kuasa karpet bilik mandi. Kalau dipilih dengan betul, ia bukan saja menyerap air tetapi dapat memberikan sentuhan gaya mewah pada ruang mandi.

Pilih karpet anti-slip dengan corak yang unik seperti motif marble, geometri moden atau warna pastel yang selari dengan tema bilik air.

Selain elak risiko lantai licin, karpet yang cantik juga boleh menaikkan mood. Setiap kali masuk bilik mandi pun rasa macam masuk bilik hotel.

Harga karpet bilik mandi anti-slip pun sangat berpatutan. Rata-rata berharga bawah RM30 untuk saiz yang sederhana. Penjagaan pun senang hanya dengan basuh, jemur dan guna semula.

Sebagai kesimpulan, dengan sedikit sentuhan bijak dan gadget yang murah, bilik mandi rumah biasa boleh bertukar menjadi ruang peribadi yang lebih kemas, wangi dan nampak premium.

Sebenarnya, apa yang membezakan bilik mandi ‘biasa-biasa’ dengan bilik mandi ‘wow’ ialah cara kita susun dan pilih aksesori.

Tak perlu keluarkan bajet yang besar. Yang penting kita perlu bijak pilih barang, kreatif susun ruang dan rajin jaga kebersihan.

Bila bilik mandi cantik mood pun automatik lebih tenang setiap kali masuk. Percayalah, sentuhan kecil ini mampu buat tetamu pun kagum.

Sumber : decorilla, today.com

BACA : 6 Benda Kena Buat Jika Salah Akaun Semasa Transfer Duit