Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran hujan lebat dan ribut petir di beberapa negeri sehingga jam 9 malam ini.
Menerusi satu kenyataan, MetMalaysia memaklumkan bahawa amaran itu melibatkan seluruh negeri Perlis dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Dalam pada itu, kawasan di Kedah juga dijangka mengalami hujan lebat iaitu di Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Yan, Pendang dan Kuala Muda.
Bagi negeri Perak pula, ia melibatkan daerah Bagan Datuk, Hilir Perak dan Muallim.
Sementara itu, Pahang juga diramal hujan lebat di kawasan Lipis, Rabu, Jerantut, Bentong dan Temerloh.

Di Selangor pula, amaran membabitkan kawasan Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling dan Kuala Langat.
Beralih ke Sarawak, hujan diramal berlaku di Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong (Betong), Kapit (Song dan Kapit), Bintulu (Tatau) dan Limbang.
Manakala di Sabah pula di Pedalaman (Sipitang dan Nabawan) dan Tawau (Tawau).
Susulan amaran cuaca ini, orang ramai yang berada di kawasan berisiko dinasihatkan untuk sentiasa berwaspada.