Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

7 Negeri, 1 Wilayah Diramal Hujan Lebat Petang Ini

Iqbal Yasir
Hujan Lebat Petang
Kredit; Bernama

7 Negeri, 1 Wilayah Diramal Hujan Lebat Petang Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di tujuh negeri dan satu Wilayah Persekutuan (WP) sehingga jam 6 petang ini.

Menurut kenyataan itu, beberapa daerah di negeri terlibat seperti Kedah, Perak, Pahang, Selangor, Sarawak, Sabah, seluruh negeri Perlis, dan WP Kuala Lumpur.

"Di Kedah, daerah yang terlibat adalah Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Baling dan Kulim.

"Manakala di Perak pula seperti Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Perak Tengah, Kampar dan Batang Padang.

"Sementara itu di Pahang pula termasuk Tanah Tinggi Cameron, Jerantut, Maran dan Rompin. Bagi Selangor, beberapa lokasi diramal hujan iaitu Hulu Selangor, Gombak dan Petaling.

"Beralih ke Sarawak, kawasan yang diramal adalah Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Kapit (Song, Kapit dan Belaga), Bintulu (Tatau), Miri (Marudi) dan Limbang.

"Bagi Sabah pula termasuk Pedalaman (Tambunan), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Ranau) dan Sandakan (Tongod)," maklum kenyataan itu.

Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.

Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.

Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.