Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

7 Negeri, 2 Wilayah Diramal Hujan Lebat Petang Ini

Hujan lebat petang ini
Kredit: Bernama

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di 7 negeri dan dua Wilayah Persekutuan (WP) sehingga jam 6 petang ini.

Hujan lebat petang ini

Menurut kenyataan itu, beberapa daerah di negeri diramal hujan seperti Kelantan, Pahang, Selangor, Johor, Sarawak, Sabah dan seluruh kawasan Terengganu, W.P. Kuala Lumpur dan W.P. Putrajaya.

“Di Kelantan, daerah yang diramal hujan adalah Pasir Mas, Tumpat, Kota Bharu, Tanah Merah, Machang, Pasir Puteh dan Bachok. Manakala di Pahang pula hanya melibatkan satu kawasan iaitu Rompin.

“Selain itu, di Selangor pula termasuk Klang, Kuala Langat, Petaling, Sepang, Kuala Selangor dan Gombak. Bagi Johor, beberapa daerah dijangka hujan seperti Mersing, Kota Tinggi, Johor Bahru, Kulai, Kluang dan Segamat.

“Beralih ke Sarawak, kawasan yang diramal hujan adalah Limbang, Miri, Kapit, Bintulu, Sibu, Mukah (Daro dan Tanjung Manis), Kuching, Serian, Sri Aman (Lubok Antu).

“Sementara di Sabah melibatkan Pantai Barat (Kota Belud dan Tuaran), Pedalaman (Tambunan, Kuala Penyu, Beaufort, Tenom dan Sipitang),” maklum kenyataan itu.

Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.

Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.

Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.

Kredit: Facebook Jabatan Meteorologi Malaysia

Intipati
  • MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat sehingga jam 6 petang.
  • Kawasan terlibat merangkumi tujuh negeri serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.
  • Orang ramai dinasihatkan mengelakkan aktiviti luar dan memantau maklumat rasmi MetMalaysia.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan