Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

7 Negeri Diramal Hujan Lebat Petang Ini

Hujan lebat petang ini
Kredit: Bernama

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di 7 negeri sehingga jam 4 petang ini.

Hujan lebat petang ini

Menurut kenyataan itu, beberapa daerah di negeri diramal hujan seperti Kedah, Perak, Kelantan Terengganu, Pahang, Johor dan Sabah.

“Di Kedah, daerah yang diramal hujan adalah Langkawi, Kulim dan Baling. Manakala di Perak pula melibatkan kawasan Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta dan Kampar.

“Selain itu, di Kelantan melibatkan kawasan Kuala Krai, Machang dan Pasir Puteh.

“Di Terengganu, daerah yang diramal hujan hanya melibatkan kawasan Besut.

Sementara di Pahang juga hanya melibatkan Cameron Highlands.

“Di Johor, kawasan yang diramal hujan adalah Johor Bahru, Mersing, Kluang, Kulai dan Pontian.

“Beralih ke Sabah, kawasan yang diramal hujan adalah Tawau Lahad Datu, Semporna dan Kunak), Sandakan (Kinabatangan), Pantai Barat (Kota Belud, Ranau, Tuaran, Kota Kinabalu, Penampang dan Putatan), Kudat (Kota Marudu), Pedalaman (Tambunan dan Sipitang),” maklum kenyataan itu.

Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.

Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.

Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.

Kredit: Facebook Jabatan Meteorologi Malaysia

Intipati
  • MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang hingga 4 petang.
  • Kawasan terlibat merangkumi daerah tertentu di Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor dan Sabah.
  • Orang ramai dinasihatkan berwaspada, mengelakkan aktiviti luar dan mengikuti saluran rasmi MetMalaysia.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan