Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

7 Pemain Sah Tinggalkan United, 4 Lagi Masih Dalam Rundingan Kontrak Baru
Manchester United telah mengesahkan bahawa tujuh pemain akan meninggalkan kelab selepas mereka mengeluarkan senarai rasmi pemain untuk musim baharu nanti.
Manakala rundingan melibatkan beberapa pemain lain masih berlangsung buat masa ini, lapor Metro News.
Anthony Martial dan Raphael Varane sebelum ini telah mengesahkan bahawa mereka akan meninggalkan kelab setelah tamat kontrak masing-masing.
Selain itu, Brandon Williams yang bermain di posisi pertahanan dan diserap ke pasukan utama ketika MU di bawah bimbingan Ole Gunnar Solskjaer pada 2019 juga akan meninggalkan kelab.
Brandon membuat 51 penampilan bersama MU sebelum keluar sebagai pemain pinjaman untuk beraksi dengan Ipswich Town pada musim lepas.
United turut mengesahkan bahawa Charlie McNeil akan meninggalkan kelab untuk ‘mencari peluang baru di tempat lain’. Penyerang ini sebelumnya bermain dalam akademi Manchester City, menjaringkan lebih 600 gol di peringkat remaja sebelum berpindah ke United.
Marcus Lawrence dan Kie Plumley juga akan meninggalkan kelab, bersama dengan pemain-pelatih bawah 21 tahun, Tom Huddlestone.
Dalam pada itu, Jonny Evans yang kembali ke kelab tahun lepas sedang berbincang mengenai kontrak baru bersama kelab. Manakala situasi serupa juga melibatkan penjaga gol veteran, Tom Heaton, yang merupakan lulusan akademi MU.
Mason Greenwood termasuk dalam senarai pemain yang akan kekal dengan kontraknya bersama United sehingga 2025.
Laporan minggu ini mendakwa Omari Forson, yang membuat penampilan sulung bersama pasukan utama di bawah bimbingan Erik Ten Hag pada awal tahun, dijangka akan meninggalkan kelab apabila kontraknya tamat pada akhir bulan ini.
Bagaimanapun, United menegaskan bahawa ‘perbincangan masih terbuka’ selepas secara rasmi menawarkan pemain sayap itu kontrak baru.
Situasi yang sama dihadapi oleh penyerang, Shola Shoretire. Beliau menjadi pemain termuda dalam sejarah kelab yang membuat penampilan dalam pertandingan Eropah ketika beliau masuk sebagai pemain gantian pada usia 17 tahun dan 23 hari pada tahun 2021.
Kini berusia 20 tahun, beliau menghabiskan musim lepas sebagai pemain pinjaman di Bolton Wanderers.
BACA: Pelawak & Pelakon, Azlee Senario Terima Rawatan Di IJN
Sumber: Metro News