Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Pelawak & Pelakon, Azlee Senario Terima Rawatan Di IJN
Pelawak dan pelakon, Azlee Jaafar atau lebih dikenali sebagai Azlee Senario dipercayai telah dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh.
Berita ini dikongsikan oleh rakan pelawak, Ropie menerusi satu hantaran di akaun Instagram peribadi beliau pada Khamis.

“Marilah bersama kita mendoakan semoga teman kita artis Azlee Senario @azleesenario diberikan sepenuh kesihatan yang baik dan dipermudahkan segala urusannya. Amin,” tulisnya.
Dalam perkembangan terkini, rakan pelawak lain, Yassin Senario, turut berkongsi mengenai berita ini di laman Instagram peribadi beliau.
Menurut Yassin, Azlee kini berada dalam keadaan stabil dan masih dalam pemantauan di Institut Jantung Malaysia (IJN).

“Alhamdulillah. Abang Azlee dalam keadaan yang stabil dan masih dalam pemantauan di CCU IJN,” tulisnya.
Dalam pada itu, menerusi ruangan komen, rata-rata warga maya mendoakan kesembuhan Azlee.
BACA: REDLINE Fitness Games Powered By NISSAN Dan Rakan Muda Kerjasama Tingkatkan Tahap Kecergasan Negara Tahun 2024
Sumber: Gempak