Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kuali serta periuk belanga sudah semestinya menjadi peralatan yang sangat penting untuk digunakan semasa memasak.
Pun begitu, masalah yang paling utama selalu dialami apabila menggunakan keduanya adalah kesulitan untuk menghilangkan kesan hangus serta karat.
Ikuti petua yang dikongsikan di laman Facebook oleh Alos Musa yang menggunakan tujuh bahan untuk menghilangkan kesan hangus dan karat tersebut.
Sakitnya hati bila nengok kesan hangus /karat pada kuali. Macam-macam corak ada, sampai tak lalu nak tengok.
Nak buang sayang, hadiah kawen dari bff, ada yang mak mertua punya turun temurun, pahammm.

Dapatkan pelbagai lagi jenis kuali di SINI
Jadi, hari ni cikda nak share cara hilangkan kesan hangus/karat pada kuali, periuk belanga korang.
Boleh cuba mana-mana cara ,okehhh.
1. Tomato Seboleh-bolehnya cari buah tomato yang tidak terlalu masak kerana kandungan asidnya lebih tinggi.
Lenyekkan beberapa biji buah tomato di dalam bekas yang hangus tadi.
Biarkan semalaman sebelum teruskan kerja menyental dan mencuci. . 1. Cuka dan Garam campurkan cuka dan garam, sental di tempat yang karat. kemudian jemur sampai la kering. simple sangat kan? . 2. Sos Tomato eh eh ku ingatkan sos tomato untuk buat mee goreng mamak je rupanya boleh hilangkan karat jugak? wow menarik kan?
Korang hanya perlu sapukan di tempat yang karat dan biarkan selama 2 jam.Kemudian bilas hingga bersih. InsyaAllah berhasil. . 3. Kulit Kentang Letakkan kulit kentang di dalam periuk yang berkerak dan isikan air separuh daripada periuk.
Kemudian, letakkan di atas api.Tunggu sehingga didih dan toskan. Korang akan lihat kerak di periuk akan tanggal dengan sendirinya. . 4. Asam Jawa Caranya ambil segenggam asam jawa dan masukkan ke dalam kuali atau periuk berkarat yang nak dicuci tu.
Gosok permukaan kuali atau periuk menggunakan asam jawa tadi dan lakukan sehingga kesan karat hilang dan bilas hingga bersih. . 5. Pencuci Pinggan Ni rare. Biasa kita cuci periuk lepas masak kan. Yang ni caranya sebelum masak sapukan dulu bahagian luar periuk dengan pencuci pinggan.
Setelah siap memasak, cuci periuk dengan penggosok. Haa belum cuba belum tau . 6. Baking Soda dan Air Masukkan sedikit baking soda campur sedikit air dan biarkan beberapa jam. Kemudian, bersihkan periuk seperti biasa.
. ok boleh pilih yang mana korang suka. Selamat mencuba gais 💜
Share jika bermanfaat
Sumber: Alos Musa