Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

71 Maut Dalam Serangan Israel Ke Atas Penjara Evin Di Tehran
TEHRAN — Sekurang-kurangnya 71 orang terkorban dalam serangan udara yang dilancarkan oleh Israel ke atas Penjara Evin di Tehran, menurut kenyataan rasmi badan kehakiman Iran pada Ahad.
“Menurut angka rasmi, seramai 71 individu maut dalam serangan ke atas Penjara Evin,” kata Jurucakap badan kehakiman, Asghar Jahangir dalam satu kenyataan yang disiarkan selepas berakhirnya gencatan senjata antara Iran dan Israel.
Tambahnya, serangan yang berlaku pada Isnin lalu menyasarkan kompleks Penjara Evin yang terletak di utara ibu negara Iran itu, sebagai sebahagian daripada kempen pengeboman yang dilancarkan Israel pada 13 Jun.
41 Terbunuh Dalam Serangan Israel Ke Atas Ibu Pejabat IRGC Di Utara Iran
Sebelum ini, sekurang-kurangnya 41 orang terbunuh dalam serangan Israel ke atas ibu pejabat Kor Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC) di utara wilayah Alborz, menurut pengumuman kumpulan itu pada Sabtu, lapor Anadolu Ajansi.
Pejabat perhubungan awam IRGC memaklumkan bahawa serangan itu mengakibatkan kematian orang awam dan anggota tentera kerahan.
Israel pada Isnin berkata pihaknya telah menyasarkan ibu pejabat pasukan separa tentera Basij serta pasukan keselamatan dalam negeri di Alborz.
Konflik selama 12 hari antara Israel dan Iran tercetus pada 13 Jun apabila Israel melancarkan serangan udara terhadap lokasi tentera, nuklear dan awam Iran, mengakibatkan sekurang-kurangnya 606 orang terbunuh dan 5,332 lagi cedera, menurut Kementerian Kesihatan Iran.
Tehran kemudiannya melancarkan serangan balas menggunakan peluru berpandu dan dron terhadap Israel. Konflik itu terhenti selepas gencatan senjata tajaan Amerika Syarikat berkuat kuasa pada 24 Jun.
Sumber: AFP via Barrons