Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
presiden palestin
Kredit: AFP

Presiden Palestin Sedia Bekerjasama Dengan Trump Capai Perjanjian Damai

Azizah Najib

Presiden Palestin Sedia Bekerjasama Dengan Trump Capai Perjanjian Damai

RAMALLAH, 25 Jun (Bernama) — Presiden Palestin Mahmoud Abbas merakamkan terima kasih dan penghargaan yang mendalam kepada Presiden Amerika Syarikat Donald Trump atas kejayaannya membantu mencapai gencatan senjata antara Israel dan Iran.

Menurut Agensi Berita Palestin (WAFA), Abbas berkata inisiatif itu adalah langkah penting dan perlu untuk meredakan krisis global yang berlarutan dan akan memberi kesan positif terhadap keselamatan serta kestabilan rantau ini.

Dalam surat kepada Trump, Abbas menghargai pendirian berani Presiden AS itu yang menyeru agar perang di Semenanjung Gaza dihentikan dan gencatan senjata kekal dilaksanakan segera.

Abbas menyifatkan ini sebagai lanjutan daripada usaha penting Trump ke arah mencapai keamanan yang adil dan menyeluruh antara Palestin, Israel dan seluruh dunia. Beliau berkata langkah ini mampu memberi harapan kepada rakyat di rantau ini yang keamanan dan keadilan boleh dicapai sekiranya terdapat keazaman dan kepimpinan seperti yang ditunjukkan oleh Trump.

BACA JUGA: Amerika Syarikat Adakan Rundingan Damai Dengan Iran

Presiden Abbas menegaskan kesediaan penuh beliau untuk bekerjasama rapat dengan Presiden Trump serta pihak Arab dan antarabangsa yang berkaitan bagi merunding dan melaksanakan perjanjian damai yang menyeluruh dalam tempoh masa yang jelas dan mengikat bagi menamatkan penjajahan serta mencapai keselamatan dan kestabilan sejagat, berpandukan prinsip undang-undang antarabangsa dan Inisiatif Damai Arab.

Beliau turut mengesahkan kesediaan Negara Palestin untuk bekerjasama dengan Trump, Kerajaan Arab Saudi, negara-negara Arab dan Islam, serta rakan antarabangsa di Eropah dan dunia bagi merealisasikan janji keamanan.

“Bersama anda, kita boleh capai apa yang sebelum ini kelihatan mustahil: sebuah negara Palestin yang diiktiraf, bebas, berdaulat dan selamat; sebuah negara Israel yang diiktiraf dan selamat; dan rantau yang menikmati keamanan, kemakmuran dan integrasi,” kata Abbas.

Beliau berkata, “Kami dipenuhi dengan harapan dan keyakinan terhadap kemampuan anda mencipta sejarah baharu untuk rantau kami dan mengembalikan keamanan yang telah hilang sejak beberapa jenerasi.”

Sumber: Bernama