Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

8 Maut, 17 Cedera Dalam Serangan Pisau Di Sekolah Vokasional
NANJING, 17 Nov (Bernama-Xinhua) — Lapan orang terbunuh dan 17 yang lain cedera dalam serangan menggunakan pisau di sebuah sekolah vokasional di Bandar Yixing, Wilayah Jiangsu di timur China pada Sabtu, lapor Xinhua memetik pihak berkuasa polis tempatan.
Serangan berlaku kira-kira 6.30 petang di Wuxi Vocational Institute of Arts and Technology.
Suspek berusia 21 tahun, ditahan di tempat kejadian dan mengaku melakukan jenayah itu, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh biro keselamatan awam Yixing.
Menurut polis, suspek yang merupakan graduan sekolah itu tahun ini, kembali ke sekolah berkenaan untuk melepaskan kemarahannya kerana tidak menerima sijil tamat pengajian kerana gagal dalam peperiksaan dan tidak berpuas hati dengan bayaran semasa latihan amalinya.
Usaha menyelamat sedang dijalankan, dan polis meneruskan siasatan berhubung kes itu.
BACA: Kanak-Kanak 8 Tahun Dikhuatiri Lemas Terjatuh Ke Dalam Longkang Besar
BACA: 10 Bayi Baru Lahir Maut Dalam Kebakaran Di Hospital
BACA: Mayat Wanita Ditemukan Terapung Di Taiping
Sumber: BERNAMA