Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Kredit: NDTV

10 Bayi Baru Lahir Maut Dalam Kebakaran Di Hospital

Azizah Najib

10 Bayi Baru Lahir Maut Dalam Kebakaran Di Hospital

Seramai 10 orang bayi yang baru lahir meninggal dunia manakala 16 lagi kritikal dalam satu kebakaran di Unit Neonatal di sebuah hospital di India, lapor AFP.

Kebakaran yang disyaki berpunca dari kerosakan mesin oksigen itu dilapor berlaku sekitar jam 10.30 malam di Kolej Perubatan Maharani Lakshmibai, Jhansi pada Jumaat.

Keadaan terkini menyaksikan ahli keluarga yang diselubungi kesedihan menanti di luar sementara pihak hospital merawat bayi-bayi yang berjaya diselamatkan. Kesemua bayi dipercayai baru berusia beberapa hari.

Timbalan Ketua Menteri Uttar Pradesh, Brajesh Pathak mengesahkan 10 orang bayi meninggal dunia dalam kebakaran tersebut.

“Tujuh mayat telah dikenal pasti manakala tiga lagi masih belum diketahui identiti,” katanya.

BACA: Tiga Lemas Semasa Aktiviti ‘Water Rafting’ Di Sungai Kampar

Menurutnya lagi, sebelum ini hospital tersebut telah menjalankan audit keselamatan pada Februari lalu, diikuti latihan kebakaran tiga bulan kemudian.

“Punca kebakaran akan disiasat. Sekiranya terdapat sebarang kesilapan, tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang bertanggungjawab. Tiada siapa akan terlepas,” tegasnya.

Pegawai Daerah, Avinash Kumar berkata, kebakaran tersebut berpunca daripada litar pintas di unit tersebut.

“Kami sedang berusaha untuk merawat mereka yang cedera parah,” katanya.

BACA: Tragedi “Water Rafting”: Mangsa Petugas JKR SPT Dan Langkawi – Polis

Menurut sumber yang lain, kebakaran tersebut bermula dari sebuah mesin yang digunakan untuk meningkatkan jumlah oksigen dalam udara. Kepekatan gas mudah terbakar yang tinggi menyebabkan api merebak dengan tiba-tiba dan cepat.

Media turut melaporkan ketika kebakaran, Unit Jagaan Rapi (ICU) Neonatal tersebut menempatkan 54 orang bayi.

Perdana Menteri, Narendra Modi menyifatkan kejadian tersebut ‘meruntun jiwa’ dalam ucapan takziah yang dimuat naik di laman X.

“Takziah saya ucapkan kepada waris yang kehilangan anak mereka dalam kejadian ini. Saya doakan agar Tuhan berikan kekuatan kepada mereka hadapi kehilangan tragis ini,” ucapnya.

Sementara itu, Ketua Menteri Uttar Pradesh, Yogi Adityanath mengumumkan pemberian pampasan sebanyak 500,000 Rupee kepada keluarga mangsa.

BACA: Pelajar Malaysia Di UK Disabit Kesalahan Bunuh Selepas Bayi Ditemukan Dalam Kotak Bijirin

Sumber: AFP