Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Tiga Maut Dalam Kebakaran Empat Kilang Di Olak Lempit

Azizah Najib
Kebakaran Kilang Di Olak Lempit
Kredit: Bernama

Tiga Maut Dalam Kebakaran Empat Kilang Di Olak Lempit

SHAH ALAM, 15 Januari (Bernama) — Tiga maut dalam kebakaran melibatkan empat buah kilang termasuk kilang pemprosesan minyak di Kawasan Perindustian Olak Lempit, Banting dekat sini, malam tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata pihaknya menerima laporan kebakaran itu pada 11.03 malam sebelum sepasukan 69 anggota dan pegawai digerak ke lokasi kejadian.

“Kebakaran masing-masing melibatkan empat premis termasuk kilang pemprosesan yang terletak bersebelahan.

“Mayat mangsa pula ditemukan rentung semasa proses overhaul di kilang pemprosesan minyak yang terbakar 100 peratus,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kredit: Bernama
Kredit: Bernama
kilang olak lempit
Kredit: Bernama

Ahmad Mukhlis berkata pasukan operasi membabitkan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Banting, KLIA, Dnegkil, Cyberjaya, Bangi, Petaling Jaya, Presint 7 Putrajaya serta Nilai, Negeri Sembilan.

Katanya, operasi turut dibantu Pasukan Bomba Sukarela Sri Serdang, Seri Kembangan dan Rantau Panjang, Klang, manakala api berjaya dikawal pada 1.15 pagi.

BACA: Bom Lama Seberat 227 Kg Ditemukan Di Jasin

BACA: Cuaca Sejuk Menyelubungi Pantai Timur, Rupanya Datang Dari Siberia

Sumber: Bernama