Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat di lapan negeri dan dua Wilayah Persekutuan (WP) sehingga jam 4 petang ini.
Menurut kenyataan itu, beberapa daerah di negeri diramal hujan seperti Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak, Sabah dan seluruh WP Kuala Lumpur dan WP Putrajaya.
"Di Kelantan, daerah yang diramal hujan adalah Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang. Manakala di Terengganu pula Besut, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman.
"Bagi Pahang, daerah yang diramal hujan adalah Tanah Tinggi Cameron, Raub, Bentong, Pekan dan Rompin. Di Selangor melibatkan kawasan Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang.
"Di Negeri Sembilan, Jelebu, Seremban dan Port Dickson antara daerah diramal hujan pada sebelah petang. Johor pula di Batu Pahat, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.
"Beralih ke Sarawak, kawasan yang diramal hujan adalah Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong (Pusa dan Betong), Kapit (Song, Kapit dan Bukit Mabong) dan Limbang.
"Bagi Sabah pula adalah Pedalaman (Sipitang, Kuala Penyu, Beaufort dan Tambunan), Pantai Barat (Papar, Penampang dan Ranau) dan Kudat (Kota Marudu)," maklum kenyataan itu.
Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.
Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.