Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Suasana Majlis Bertukar Cemas, Pengantin Lelaki Dipercayai Tercekik Tulang Ikan

Tercekik Tulang
Kredit: Threads @hareenafatini
Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Suasana Majlis Bertukar Cemas, Pengantin Lelaki Dipercayai Tercekik Tulang Ikan

Perkahwinan merupakan hari paling bahagia dan indah dalam hidup setiap orang.

Momen indah ini pastinya diimpikan berjalan lancar dengan memori penuh manis untuk dikenang sehingga ke anak cucu.

Oleh itu, setiap atur cara majlis ini telah dipersiap berbulan-bulan sebelum bagi memastikan kelancaran.

Namun, kadangkala dalam kemeriahan majlis ini boleh berlaku insiden cemas yang langsung tidak disangka-sangka.

Itulah detik cemas yang dilalui oleh pengantin lelaki sewaktu hari paling bermakna dalam hidupnya.

"Tengah bersanding terpaksa lari ke emergency.."

Menerusi perkongsian Threads @hareenafatini, memaparkan pengantin lelaki berkenaan dipercayai tercekik tulang ikan sewaktu makan beradap.

Dalam klip yang dikongsikan, mempelai berkenaan dikejarkan ke unit kecemasan sebelum disahkan stabil.

Malah, dia juga dilihat seperti mengalami muntah sepanjang dalam perjalanan.

"Hahahahaha kelakar bangun pagi baca comment. Btw suami saya tercekik tulang ikan waktu makan beradab ni ialah majlis bertandang kami.

"Shout out to his cousin and adik yang sangat function time emergency ni ya," luah pengantin perempuan.

Sementara itu, perkongsian berkenaan meraih perhatian warga maya dengan menarik nafas lega.

Ada juga warga maya yang berkongsi pengalaman yang serupa sewaktu bergelar raja sehari.

"Saya dulu nak sanding pukul 12.30 tgh hari, pukul 2 pagi ke emergency sbb dah muntah kaw kaw . nasib dapat sanding, kalau warded kenduri diteruskan tanpa pengantin perempuan," kongis seorang pengguna.

"Nervous sangat ke bang," komen seorang pengguna.

"bunting pelamin ke pengantin laki tu," tulis seorang lagi.

Sumber:Threads