Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

813 Projek Sekolah Daif Siap Setakat Jun, 437 Lagi Dalam Pelbagai Fasa

DAIF
Kredit: Bernama

813 Projek Sekolah Daif Siap Setakat Jun, 437 Lagi Dalam Pelbagai Fasa

Sebanyak 813 projek pembangunan semula sekolah daif di seluruh negara berjaya disiapkan sepenuhnya setakat Jun lalu, menurut Kementerian Pendidikan (KPM).

KPM berkata, daripada keseluruhan projek yang diluluskan, sebanyak 173 projek kini masih dalam pembinaan manakala 264 lagi berada di peringkat prabina.

Menurut kementerian itu, secara keseluruhan sebanyak 1,250 projek pembangunan semula bangunan sekolah daif telah diluluskan dengan kos keseluruhan mencecah RM13.8 bilion.

“KPM memaklumkan tempoh pembinaan bagi projek-projek ini adalah antara enam hingga 36 bulan, tertakluk kepada skop kerja dan keperluan penyediaan tapak,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

KPM berkata, bilangan sekolah daif yang dilaporkan sebelum ini adalah bersifat dinamik dan boleh berubah dari semasa ke semasa berdasarkan keadaan semasa serta penilaian di lapangan.

Menurutnya, pemantauan berterusan dilakukan menerusi Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menilai keperluan dan kebolehlaksanaan pembinaan bangunan gantian untuk sekolah-sekolah terlibat.

“KPM sentiasa berusaha memastikan akses pendidikan berkualiti serta ekosistem pembelajaran yang kondusif di semua sekolah demi manfaat murid, guru dan masyarakat,” menurut kenyataan itu lagi.