Sembilan ekor beruk dan kera di Zoo San Diego dilaporkan telah disuntik vaksin COVID-19 pada Khamis lalu.
Menurut CTV News, empat ekor orang utan dan lima bonobo menerima suntikan vaksin COVID-19 pada Januari dan Februari lalu.
Tiga lagi bonobo dan seekor gorila juga akan menerima vaksin, yang merupakan eksperimen.
Vaksin khas untuk haiwan itu dibangunkan oleh Zoetis Inc iaitu sebuah firma AS yang menghasilkan ubat untuk haiwan.
Langkah vaksinasi itu menyusul setelah pandemik COVID-19 juga melanda zoo tersebut.
Lapan ekor gorila sebelum ini disahkan positif virus itu yang berkemungkinan dijangkiti daripada pekerja zoo tersebut.
“Itu yang membuatkan kami menyedari bahawa yang lain juga berisiko,” kata ketua pegawai pemeliharaan dan kesihatan hidupan liar San Diego Zoo Wildlife Alliance, Nadine Lamberski.
Gorila tersebut mempunyai gejala yang bermula dari hidung berair hingga batuk dan kelesuan, tetapi mereka semakin pulih.
Sumber: CTV News