Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

9 Negeri, 1 Wilayah Diramal Hujan Lebat Hingga Malam Ini

Hujan Lebat
Kredit; Bernama

9 Negeri, 1 Wilayah Diramal Hujan Lebat Hingga Malam Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran hujan lebat, ribut petir dan angin kencang di sembilan negeri dan satu Wilayah Persekutuan (WP) sehingga jam 7 malam ini.

Menurut kenyataan itu, beberapa daerah di negeri Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak, Sabah dan seluruh WP Kuala Lumpur. 

"Di Perak, daerah yang terlibat adalah Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim. Manakala di Kelantan pula seperti Kuala Krai dan Gua Musang. 

"Di Terengganu, hanya daerah Kemaman selain beberapa daerah di Pahang dijangka hujan melibatkan Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Temerloh, Maran, Kuantan, Bera dan Rompin. 

"Bagi Selangor, daerah yang diramal hujan adalah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling dan Hulu Langat dan dua daerah di Negeri Sembilan termasuk Jelebu dan Jempol.

"Di Johor pula melibatkan daerah Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru. 

"Beralih ke Sarawak pula, daerah yang diramal hujan adalah Kuching (Bau dan Kuching), Serian (Serian), Samarahan, Sibu (Sibu dan Selangau), Mukah (Matu, Dalat dan Mukah), Bintulu (Bintulu), Miri (Subis dan Miri) dan Limbang.

"Manakala di Sabah pula termasuk Pedalaman (Sipitang, Tenom, Beaufort, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat, Tawau (Tawau dan Lahad Datu), Sandakan (Kinabatangan dan Sandakan) dan Kudat (Kota Marudu)," maklum kenyataan itu. 

Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.

Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.

Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut



Intipati
  • MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan lebat dan ribut petir sehingga jam 7 malam.
  • Kawasan terlibat merangkumi sembilan negeri serta seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
  • Penduduk dinasihatkan berwaspada, mengelakkan aktiviti luar dan mengikuti maklumat rasmi MetMalaysia.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan