Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

9 Negeri, 1 Wilayah Diramal Hujan Lebat Petang Ini

Hujan Lebat Petang
Kredit: Bernama

9 Negeri, 1 Wilayah Diramal Hujan Lebat Petang Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat di sembilan negeri dan satu Wilayah Persekutuan (WP) sehingga jam 5 petang ini.

Menurut kenyataan itu, beberapa daerah di negeri diramal hujan seperti Kedah, Terengganu, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak, Sabah dan seluruh negeri Perlis serta WP Kuala Lumpur.

"Di Kedah, daerah yang diramal hujan adalah Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar dan Pokok Sena. Manakala di Terengganu pula termasuk Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang dan Dungun.

"Bagi Pahang, beberapa daerah diramal hujan seperti Raub, Bentong, Temerloh, Bera dan Rompin.

"Sementara di Selangor daerah Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat dijangka hujan. Di Negeri Sembilan pula melibatkan kawasan Jelebu, Kuala Pilah, Jempol dan Tampin.

"Di Johor, beberapa daerah diramal hujan seperti Segamat, Batu Pahat, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

"Beralih ke Sarawak, kawasan yang diramal hujan adalah Sri Aman (Sri Aman), Betong, Sarikei, Sibu (Sibu dan Selangau), Mukah, Bintlulu (Tatau dan Bintulu), Miri (Subis dan Marudi) dan Limbang.

"Sabah pula termasuk kawasan Pedalaman (Keningau dan Tambunan), Pantai Barat, Tawau (Tawau, Kunak dan Lahad Datu) dan Sandakan (Sandakan)," maklum kenyataan itu.

Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.

Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.

Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.