Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

9 Negeri, 2 Wilayah Diramal Hujan Lebat Hingga Malam Ini

Iqbal Yasir
Hujan Lebat Hingga Malam
Kredit; Bernama

9 Negeri, 2 Wilayah Diramal Hujan Lebat Hingga Malam Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di sembilan negeri dan dua Wilayah Persekutuan (WP) sehingga jam 7 malam ini.

Menurut kenyataan itu, beberapa daerah di negeri terlibat seperti Kedah, Perak, Pahang, Selangor, Johor, Sarawak, Sabah dan seluruh kawasan di Negeri Sembilan, Melaka, WP Kuala Lumpur serta WP Putrajaya.

"Di Kedah, daerah yang terlibat adalah Kulim dan Bandar Baharu. Manakala di Perak melibatkan Larut, Matang Dan Selama, Batang Padang dan Muallim.

"Bagi Pahang pula seperti Raub, Jerantut, Bentong, Temerloh, Maran, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin. Sementera di Selangor termasuk Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang.

"Beberapa kawasan di Johor turut diramal hujan seperti Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai dan Johor Bahru.

"Beralih ke Sarawak, kawasan yang dijangka hujan adalah Sri Aman, Betong (Pusa, Betong dan Saratok), Sarikei, Sibu (Kanowit), Kapit (Song, Kapit dan Bukit Mabong) dan Miri (Telang Usan).

"Bagi Sabah pula termasuk Pedalaman (Sipitang, Tenom dan Nabawan) dan Tawau (Tawau, Kunak dan Lahad Datu)," maklum kenyataan itu.

Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.

Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.

Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.